"Sedikit dan mencukupi adalah lebih baik daripada banyak tetapi melalaikan "

You Don't Have To Be Rich To Travel Well

CAMERON HIGHLAND DAY 1

Tarikh : 5 Ogos 2017

Budget ringkas
1. Hotel Rm190 ( 1 malam) - termasuk bfast
2. Tol dari Sg. Buloh ke Tapah Rm33.80 (pergi dan balik)
3. Minyak kereta Rm70(pergi dan balik)
4. Tiket masuk Ladang teh walk in Rm6 (dewasa dan kanak 7 tahun ke atas            Rm2).
5. Tiket masuk ke Taman Rama-rama Rm26 (dewasa Rm10, kanak Rm6)
6. Tiket masuk ke Lavender garden Rm22 (dewasa Rm7, kanak-kanak 7 Rm4)
7. Tiket masuk ke Mardi Rm13(dewasa Rm5, Kids Rm3)
8. Makan(bfast, lunch & dinner) Rm100

Total : Rm460.80


Bermula perjalanan yang tanpa di rancang. Pada awal nya nak ke PD atau Kuala Selangor tapi last minute decide alang2-nak berjalan biar berbaloi so kami start kereta terus ke utara. Kami booking hotel pun masa otw nak ke Cameron. Alhamdulillah, nasib baik ada kosong.

Jarak dari rumah di Sungai Buloh ke Brichang CH adalah 190 km dan perjalanan mengambil masa selama 3 jam.Kmi bertolak daripada rumah pada pukul 9 pagi  dan di jangka akan sampai ke puncak CH adalah around 12 pm tapi sebelum itu kami singgah di RNR Tapah sekejap untuk breakfast. Pada masa itu jam menunjukkan pukul 10.40 pagi.

Pukul 11 kami gerak dari Rnr Tapah menuju ke  ke Cameron Highland dengan jarak 85km yg mengambil selama 1 jam 45 min untuk sampai ke puncak.


Air Terjun Lata Iskandar

Air terjun ini terletak betul-betul tepi jalan masa otw ke Cameron highland. Kami tidak lepaskan peluang untuk singgah sekejap memandangkan view air terjun yg cantik membuat aku begitu teringin sangat utk melihat lebih dekat. Kami singgah sekadar utk bergambar sahaja.

Di sini juga ada disediakan tempat shopping barang souvenir yg berbentuk handycraft. Kedai2 dan gerai2 yang menjual makanan juga boleh di lihat di kiri kanan jalan menghala ke CH. Di sini, kita mungkin menghadapi masalah parking kerana tempat khas utk parking memang tidak disediakan. Ramai org awam yg singgah di lata iskandar ini hanya parking dibahu jalan dan menyebabkan kesesakan lalulintas yg teruk.


We just parked the car beside the main road.

 waterfall view background...

waterfall lata iskandar Pic 

Ladang Teh, Cameron Valley Bharat Group

Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1933 oleh Shuparshad Bansal Agarwa pada era empayar Britania. Sekarang syt ladang teh ini telah menjadi pengeluar utama teh yg terdiri daripada pelbagai brand.
Harga fee untuk tiket adalah Rm2 utk walk dan saightseeing ke kawasan ladang teh. 

Sebelum masuk bergambar dulu...masa ni sophea jatuh. Tu yg kena dukung...

View dari atas...ladang teh bagaikan saujana mata memandang. Cantik dan tersusun indah.

Tidak lengkap kalau sekadar tgok dari atas...Jom kita turun ke bawah...

Disebalik daun-daun teh...

Nak turun ke bawah lagi katanya. Dia tak tahu yg kita dah semput

Daun teh dari dekat...

Org tu cakap first time tengok ladang teh. Seronok dan cantik kata nya
Ala-ala kuch kuch hota hai..

Ayah, adik, akak...

Taman Rama-rama(Butterfly Garden)

Taman rama-rama ini terletak di Brinchang dekat dengan pasar Kea Farm. Taman ini amat sesuai untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa. Ini kerana didalam taman tersebut bukan sahaja ada rama-rama yg pelbgai spesis tetapi ada juga binatang lain seperti ular, burung, arnab, jengking, katak, tikus, ayam, itik, angsa, ayam belanda dan banyak lagi.

Jom kita skrol kebawah utk lihat apa yang ada di taman rama-rama ini....

Butterfly...



Spesis bunga pun ada...

Bunga raya

Itik bertelor ayam menetas...


Bunga...disebalik daun terukir nama buah hati pengarang jantung


Kea Farm market

Pasar Kea Farm terletak di tepi jalan utama antara bandar Tringkap dan Brincang. Di buka kepada orang ramai seawal 8 pagi hingga 6 petang dengan menawarkan pelbagai sayuran segar dan buah-buahan serta makanan. Di sini juga terdapat penginapan yang dikenali sebagai Kea farm garden hotel. Pengunjung juga boleh menikmati keindahan taman yang terletak berdekatan dengan hotel dan boleh juga melawat dan memetik strawbery yang di tanam khas kepada pengunjung.

Kebiasaan kawasan ini menghadapai masalah kesesakan disepanjang jalan menuju ke pasar Kea Farm dan anda juga menghadapi kesukaran untuk meletak kereta. Parking yang disediakan memang penuh setiap masa terutama di waktu hujung minggu dan anda perlu berjalan jauh dari tempat parking ke pasar Kea Farm. Biasanya pengunjung sanggup menghadapi semua kesukaran ini demi untuk sampai ke pasar Kea Farm kerana di pasar ini memang menyediakan pelbagai barangan/makanan/sayuran/ubi/bunga/strawberi/buah-buahan yang segar buat pengunjung.

Aiskrim juga menjadi tarikan utama kanak-kanak

Dilorong ini lah yang menjadi laluan utama kepada pengunjung untuk membeli belah.

Toys pun ada

Ubi keledek dan jagung banyak dijual di sini

Sentiasa dipenuhi dengan orang ramai

Ini lah taman yang disediakan untuk pengujung berehat dan melihat keindahan taman

Berehat kejap kat taman ini

Sungguh meriah dengan hiasan yang pelbagai warna

Very colourful

Hotel garden Kea Farm

Cactus point





Check in Hotel Wan Alyasa






















No comments: