"Sedikit dan mencukupi adalah lebih baik daripada banyak tetapi melalaikan "

You Don't Have To Be Rich To Travel Well

Trip to Pangkor Island ~ Day 1

Trip of place: Pangkor Island, Lumut Perak
Date trip: 29 until 30 Oct 2015 (2D1n)
Trip members: 2 Adults + 2 kids

Budget trip 
* Hotel / Resort Pangkor Bay View  Teluk Nipah Rm130
*Transport - by car ( self drive) from Sg Buloh to Marina Jetty via Hway Plus exit Sungkai. Around 218km / 3 hours to arrived at destination. The tol is Rm28.20 (return) and fuel estimated is Rm60 (return)
- Ferry fees is Rm30 for 2 Adults and 2 kids (return ticket)
- Took the car from jetty to resort Rm40 (return)
- Rent the motorcycle for 1 day is Rm40
*Took the beach activities package from Non San waterfront agent Rm 30
* Car parking fees for 2 days at Marina Jetty is Rm20

Total budget Rm338.20 ( not include meal and shopping)

Assalamualaikum guys....sori yer kerana asyik lambat jer aku update travel ni....jalan cerita nya banyak dah kabur. Terpaksa kena buat research sikit2.  Trip aku kali ini lain sikit dan ia nya lebih special...haha konon2 trip honeymoon laaa tapi ngan anak2 sekali kami honeymoon...orang kata tak Best lah gi bulanmadu bawa anak2...tapi bagi saya ia nya Best dan menyeronokkan. Nampak lah kemeriahan Kat situ....

Early morning Lagi kami dah bangun dan bersiap2 ala kadar...bawa apa yg patut. Barang2 yg penting semua kami dah packing siap2 malam tadi supaya senang untuk bergerak keesokan nya. Dalam pukul 8:30 kami dah gerak dari umah menuju ke hway Plus utara selatan. Dari tol sungai buloh kami menuju ke plaza tol Sungkai dan exit di situ. Melalui jalan kampung ( spt yg di suggest oleh member)...sering kali tersesat memandang tanda signboard utk ke Lumut jarang2 sekali di pamerkan. Tetapi laluan ini agak dekat sikit, tak jem dan bebas dari bebanan tol.

Dalam pukul 12 tghari kami tiba di Lumut dan terlebih dahulu Lunch untuk mengalas perut. Terima kasih Mak Limah kerana sudi melayan kerenah kami, belanja kami Lunch dan hantar kami ke jetty walaupun Time awk terhad masa tu...we appreciate with u. Thanks a lot!

Saat2  ketibaan Kat Lumut.... Hampir 3jam dalam kereta tapi wajah still tersenyum riang.

Kami in ferry....

Kami menaiki feri di jeti Marina dengan harga rm10 utk dewasa dan Rm5 utk kanak2. Syarat utk menaiki feri Kat sini ialah perlu daftar sbg member terlebih dahulu dan bayaran utk jadi member aku tak pasti berapa kerana ini semua aku gunakan kad kawan aku. Aku hanya hulurkan duit utk harga tiket shj.
Berikut ada jadual feri di Marina jeti.

Dari jeti Marina, perjalanan memakan masa hanya 10 minit shj berbanding dari jeti lumut yg mengambil masa hampir 1/2 jam. Dan parking kat sini ialah rm10/day.

Dari jeti pulau pangkor ( jeti sg Pinang kecil), kami terpaksa menaiki kereta yg ala2 van (pink colour) utk ke resort dan kami di caj Rm20 walaupun perjalanan hanya memakan masa 13 minit shj.

Map dari jeti pangkor ke resort....

Bab pengangkutan anda jangan risau. Dekat jeti ni banyak van yg ada dan bila2 masa shj boleh guna kan khidmat van tersebut. Berderet van yg berwarna pink  sedang menunggu pelanggan untuk di bawa ke destinasi yg di ingini cuma sedia kan duit shj...

Saat2 tiba di resort....terus sewa motor utk 1 hari dgn harga Rm40 tak termasuk minyak..

Apa2 pun check in terlebih dahulu sebelum meneruskan aktiviti riadah. Kami menginap di resort Bayview pangkor yg terletak dekat dgn pantai teluk Nipah. Manakala kedai2 makan dan kedai menjual pakaian & aksesori lain senang di dapati. Resort nya agak kemas dan selesa utk di diami... Di lengkapi dgn aircond, tv. Water heater. Bathtub Dan beranda. Bagi aku, resort ini sgt ok utk di diami..

 ðŸ†—Jom kita naik motor Yer anak2... Kita ronda satu pulau...hahaha

Masa yang ada kami gunakan sepenuhnya  dengan menaiki motor sambil melihat keindahan pulau pangkor, menghirup udara segar, mengelilingi kampung dan melihat cara hidup penduduk disekitarnya.

Jom scroll di bawah utk melihat view2 yg sempat aku tangkap ⏬⏬⏬

Jeti

Perahu nelayan...

🎵🎶Pasir puteh tepi pantai...ombak saling berkejaran...🎵🎶

Setelah puas mengelilingi pulau, kami ke pantai untuk mandi manda. Kami mandi Sekadar di gigi pantai shj krn waktu yg tidak mengizinkan. Lagi pun salinan pakaian dan tuala tidak di bawa bersama. Ini semua aktiviti yg tak di rancang. Kadang2 yg tak di rancang lagi Best drp yg telah dirancang terutama dlm Group yg kecil mcm kami ni tetapi kalau Group yg ramai jgn di buat macam ni weiii...haru biru jadi nya... Huhu

Sebelum senja melabuhkan tirai nya, sempat kami menikmati keindahan sunset yg semakin lama semakin hilang dari pandangan mata dan kami pun beransur pulang sebelum maghrib berkumandang...





 Dinner kat gerai yg berdekatan dgn resort dan berhampiran  pantai. 

Sesekali kedengaran alunan ombak yg menghempas ke pantai. Ini membuatkan kami hanyut dalam alunan desiran itu....cewahhh 
Ombak2 juga makan tetap makan hihihi...

selesai makan kami terus balik ke resort utk rehatkan badan sambil kemas2 apa yg patut untuk  persediaan check out esok. Kami tido dgn nyenyak nya sambil di ulit mimpi yg panjang....Zzzzz....

No comments: