"Sedikit dan mencukupi adalah lebih baik daripada banyak tetapi melalaikan "

You Don't Have To Be Rich To Travel Well

Trip to Bangkok - Day 2

Day 2

Selamat pagi semua...!

Hari ke-2 menjelajah bandar Bangkok tanpa tour guide. Sudah tentu transport utama kami kat sini adalah train dan taxi. Hotel ni menyediakan breakfast yg halal katanya namun kami hanya makan buah dan air mineral  jer. So untuk breakfast yg best kami mencari restoran halal di luar sana. Sajer jer kan nak habiskan duit huhu....

1st destination is Chatuchak Market. Kat sini aku nak citer sikit pasal Chatuchak Market:

1. Terletak di 587/10 Kamphaeng Phet 2 Rd, Khwaeng Chatuchak, Khet Chatuchak, Krung Thep Maha Nakhon 10900, Thailand.
2. Transport utama utk ke sana adalah by train. Kalau naik MRT  boleh turun di Chatuchak Station dan BTS  boleh turun di Mo Chit Station.
3. Keluasan lebih 35 hektar dan menampung sebanyak 8000 shop lot.
4. Pelbagai barangan jualan terdapat di sini terutama pakaian, barang dapur, makanan dan minuman, pelbagai aksesori dan hiasan, bunga, kasut, beg, plant, seramik dan banyak lagi. 
5. Untuk yang muslim terdapat beberapa restoran halal kat sini antaranya adalah kak Jak Restoran dan Saman Islam Restoran.
5. Dibuka pada: »Rabu dan khamis pada pukul 7 pagi hingga 6 ptg. Hanya                                    menjual plant sahaja

                         »Jumaat pada pukul 6 ptg hingga 12 mlm. Jualan adalah                                       secara borong / wholesale 

                         »Sabtu dan ahad di buka pada pukul 9 pagi hingga 6 ptg. 

6. Pelbagai golongan lapisan masyarakat ada di sini. Selain daripada orang tempatan, pelancong asing juga ramai yang mengunjungi pasar ini.
7. Gerai-gerai untuk night market dibuka seawal petang hingga larut malam. Pasar ini tidak sunyi dari kunjungan orang ramai dan sentiasa sibuk dgn urusan jual beli barang.

Di sini hendak bagitau sikit tips travel: 

AMAT PENTING
1. Buat kajian, plan dan intenary pasal tempat yang kita hendak lawati. Dalam apa-apa perkara yang hendak di buat ilmu mesti ada...
2. Hp / tap mesti ada line internet. Amat penting bagi aku kerana untak berjalan di tempat asing, hanya google map yang jadi panduan utama aku selain daripada application lain. 
3. Pasti kan install grab dan uber. Senang untuk ke tempat-tempat yang jauh daripada LRT station 
4. Bateri hp/tab pasti strong dan bawa sekali power bank untuk mengelak kehabisan bateri.

Chatucak Market

Ok jom kita teruskan perjalanan ke Chatuchak Market dengan menaiki MRT di Station Sam yan. Jalan kaki hanya 5 min shj dari hotel kami. 


Di awal nya memang terhegeh-hegeh juga kami hendak menggunakan mesin ni. Maklumlah first day dan first time kan...Nasib baik instruction ada di dalam BI....so apa lagi godek-godek lah sampai dapat. Hasil nya adalah seperti di atas. Kami membeli tiket sehala yg berbentuk token dan warna nya agak gelap sedikit. Token ini perlu di simpan sehingga ke last station yang kami hendak stop. Alaa sebiji macam kita naik train kat Malaysia lah. Sebab tu lah kami kat sini tidak jakun sangat.

Hitam2 si tompok manis...kelakar juga mula-mula tengok tu hihi

Untuk sampai ke station Chatuchak Park, kami kena melalui 13 station lain yg mengambil masa kira-kira 30 minit. Tak adalah jauh sangat kan.

Kami berada di dalam statiom Sam yan. 

I'm here now!

Jom kita naik train! Jangan tersalah masuk pulak yer. Nahas kita nanti. Tah mana-mana akan pergi...nak exit pun sama. Pastikan tempat exit adalah betul.

sebaik sahaja keluar dari station chatuchak park, kita akan nampak Station BTS Mo Chit kerana kedudukan dua stesen ini sgt dekat. 

Direction  to Chartichak Market from LRT :

1. Untuk keluar dari LRT, anda perlu exit ke kiri dengan menaiki anak tangga.
2. Berjalan dalam 1/2 km, untuk sampai ke jejantas.
3. Menapak naik ke jejantas untuk cross jalan.
4. Diseberang jalan itu lah Chatuchak Market dan anda boleh explore apa jua yang ada di situ.



Ini dia jejantas nya. Agak kotor sedikit tetapi tidak memberi kesan pada aku yang sekadar untuk lalu sahaja.

Ok...dah sampai kita di Chatuchak Market. First sekali kita perlu mencari kedai halal untuk breakfast + lunch...Jom kita cari restoran kah Jak yg agak femes tu...terus aku google map dan ikut sahaja direction yang ditunjukkan di dalam google map tu....Nampak macam senangkan tapi tak sesenang itu. Melilau juga kami mencari nya nasib baik ada sorang makcik ni tolong bagitau lokasi restoran tu. Macam tahu-tahu jer makcik tu kita cari apa. Nampak sangat orang Malaysia ramai datang kat sini....huhu. Apa-apa pun Thanks Makcik kerana menyenangkan percarian kami ni...

Taraa.....dah jumpa.

Restoran halal kah Jak di Chatucak Market.

Sebaik sahaja masuk ke Resoran ini, aku rasa amat selesa sekali kerana semua citarasa aku ada di sini. Menu yang di sediakan adalah menu seperti mana yang ada di Malaysia. Cuma satu jer yang aku ralat sikit ialah tidak disediakan teh tarik...huhu. Minuman yang disediakan hanya yang berais sahaja. Air panas hanya disediakan dalam bentuk 3 in 1 sahaja. 

Lagi satu yang aku suka ialah restoran ini nampak bersih dan kemas walaupun agak sempit sedikit. Yang agak klasik dan antik adalah meja makan daripada mesin jahit singer lama yang kayuh guna kaki. Yang kelakar nya, kami boleh makan sambil menjahit...hahha...tapi bagi aku ianya agak kreatif dan innovatif.

Tu dia menu-menu yang ada di restoran ni...

Hot Chilly fried rice kata nya...nasi ni di makan bersama ikan masin. yang besar tu ikan masin tau...nampak cam sedap. memang sedap pun. 

Menu utama aku ialah Tomyam campur, nasi puteh dan telor dadar...harap2 sedap. 

Selesai makan, apa lagi ronda-ronda lah. Dalam kepala ni macam-macam nak beli huhu... Jom kita tinjau bersama-sama...Oleh kerana semua dikalangan daripada kami tidak pernah jejak lagi kaki ke sini, so kami pandai-pandai lah bawa diri. Ikut langkah kaki jer...


Kat sini banyak betul design2 bunga dan buah-buhan yang di perbuat daripada sabun. Bau nya amat wangi sekali...


Sebahagian view yang sempat aku snap...

View di sekitar pasar chatuchak..

Amat luas sekali pasar ini sehingga aku dah tak larat nak jalan. Lebih-lebih lagi kasut yang aku pakai dah mula meragam...bukan meragam koyak ke apa tapi rasa dah tak selesa dan sakit pada kaki...Adoi jauh lagi nak jalan ni. Nak tak nak aku terpaksa beli selipar jepun yang jual kat situ. Harga nya boleh tahan mahal iaitu RM28. Minta tawar tapi makcik tu hanya bagi RM1 jer...emmm

Dang-dang tu aku beli dan tukar kasut dengan selipar jepun. Alhamdulillah...terasa amat selesa sekali. Hahaha...makin jauh lah langkah kaki aku lepas ni...

Baju-baju blouse pun ada...

Jam besar ni adalah Landmark utama di Chatuchak Market. Amat sesuai untuk bergambar. Nak bergambar pun kena tunggu giliran. Nampak tak selipar jepun aku tu...color kuning lagi

Rakam gambar terindah di sini supaya suatu hari nanti moment-moment ini akan terpahat kukuh di sanubari masing-masing.

Selepas puas meronda-ronda, tanpa di sengaja, kami terjumpa lah satu lagi kedai muslim yang halal iaitu Restoran Saman Islam. Perut terasa kenyang lagi tapi oleh terasa letih dan mahukan kerehatan, kami masuk juga lah ke dalam restoran ni. Suasana di dalam restoran ini amat crowded dan agak sempit sekali ditambah pula dengan orang ramai yang mahu makan tengahari.

Cuaca yang panas di luar sana membuatkan kami terasa amat dahaga sekali. Terus kami mengorder air kelapa 2 biji dan pulut mangga sepinggan seperti yang ada didalam gambar. itu jer tapi harga nya adalah RM75 (Setalah di convert ke RM). Whattt???

Kami tanya harga kelapa sebiji berapa? Dia jawab acuh tak acuh jer sambil marah dan membebil. Orang sebelah  memandang kami dengan seribu pertanyaan. Bayar jer lah nak wat camana. Takkan nak bertekak dan bergaduh pulak. huhu...

Pulut Mangga yang kami tak tahu nak letak harga berapa?

Air kelapa kat menu tertulis RM4 tapi bila tanya jadi RM7...

Terminal 21

Dari Chatucak Market kami menerus meneruskan jelajah perjalanan kami ke Terminal 21. Untuk ke Terminal 21 kami menaiki MRT dari Chatuchak Park Station ke Sukhumvit Station. Perjalanan mengambil masa selama 17 min dengan melalui sebanyak 9 stations.

Terminal 21 ini adalah merupakan sebuah shopping kompleks biasa cuma yang berlainan sikit adalah  setiap level berkonsepkan negara. Contoh level  5 adalah san franciscor. So level 5 ini decoration nya berasaskan san Francisco. Begitu juga dengan level2 yang lain.

Jom kita terokai betul ke idok apa yang di kata...


Laluan untuk ke Terminal 21 after exit MRT. Begitu padat dengan orang ramai yang lalu lalang. berkemungkinan di sini adalah interstation antara MRT dan BTS. So berjaga-jaga dengan  handbag masing-masing yer...

Ini adalah pintu masuk ke Terminal 21. Ini bukan pintu masuk utama tetapi ini adalah pintu masuk untuk sesiapa yang menggunakan MRT dan BTS. 


Oleh kerana ada dalam plan untuk ke Instanbul, level yang pertama kami jejak adalah level 3 iaitu Instanbul. Konon nya nak merasa suasana Instanbul...hihi...Instanbul lah sangat...


kat sini kami jalan-jalan jer...tiada apa yang menarik. Ia adalah shopping komplek yang menjual barang-barang branded dengan harga yang sama seperti di Malaysia. Lagi pun keletihan berjalan di pasar tadi yang membuatkan kami tidak teruja untuk shopping kat sini...

Satu jer yang lain kat Terminal 21 ni ialah eskalator yang disediakan adalah agak panjang dan tinggi. 1st time guna eskalator yang macam ni. Contoh nya dari level 1 terus ke level 3. Itu yang tut-tut kami dah sampai ke level instanbul. haha...

Pratunam Market

Destinasi seterusnya ialah kami meneruskan perjalanan ke Pratunam Market. Dari sini kami menaiki BTS iaitu dari Asok Sation ke Chit Lom Station dengan mengambil masa selama 6 minit sahaja. Aku nekad untuk turun ke Chit Lom station dan bukannya Ratchaprarop Airport rail link kerana ia nya tidak transit mana-mana station dan hanya jalan kaki sejauh 900 meter sahaja dari station Chit Lom ke Pratunam market. Itu aku berpandukan kepada google map sahaja.

Apa-apa keputusan yang aku buat dorang ikut jer. Ini yang seronok nya berjalan dengan depo ni. Tak banyak kerenah. Thank you friends because gave more trust to me!

Dari station Chit Lom kami jalan kaki sambil melihat pemandangan kota Bangkok. 900 meter yang aku anggap dekat tu, sememang nya amat jauh sekali. Aku terasa jauh kerana tidak dapat mengagak jarak arah untuk ke Pratunam Market dan kawasan yang di lalui amat terasing sekali. Yer lah first time kan. Hanya bergantung 100% pada google map sahaja.


View Kota Bangkok. Dipenuhi dengan pelbagai transport dan kesesakan di tengah-tengah bandar Bangkok agak kritikal sekali.


Melalui jejantas untuk ke Pratunam market. Jejantas ini agak panjang sekali dan selesa untuk pejalan kaki kerana ianya agak luas dan ada tanda direction. Amat membantu sekali.

Yeyyy,,,sampai sudah kami di sini.

Finally, sampai juga kami di Pratunam Market walaupun diawalnya sukar untuk mencari tempat ini. Nampak tak wajah masing-masing? Ceriakan...Yerlah sebaik sahaja jumpa tempat ni, kami semua merasa seronok dan amat puas sekali kerana pencarian untuk ke tempat ini amat menguji minda dan kesabaran kami. 

Moh lah kita explore apa yang ada di sini...JOM..JOM..

Nampak tak jejantas kat belakang kami tu?

Dari sini kami perlu cross jalan dengan menapak jejantas tersebut. Dibelakang bangunan itu lah Pratunam market sebenarnya. 

First kami perlu lunch dulu kerana perut sudah berbunyi minta di isi. So kami telah makan tengahari di Restoran  Maedah. Di sini juga disediakan ruangan solat dan untuk solat kita perlu minta izin dengan tuan punya restaurant ini kerana ruangan solat terletak di bahagian belakang sekali. Pada mulanya aku ingat tiada disediakan ruangan solat kerana tidak nampak sign yang menunjukkan untuk solat. Untuk itu, banyakkan bertanya jika kita ingin mengetahui sesuatu perkara. Tak salah kan bertanya perkara-perkara yang baik. 

Restaurant ini menyediakan pelbagai jenis halal food terutama menu dari arab, india dan eropah. Namun begitu menu-menu masakan panas seperti nasi goreng dan tomyam ada juga disediakan. Cuma agak mahal sikit lah, Contohnya air yang kami order seperti gambar di bawah harga nya berbelas-belas ringgit.

Di Pratunam Market ini juga banyak terdapat restoran-restoran halal tetapi kebanyakan nya adalah restoran india / mamak. Contoh nya Restaurant KOHINOOR.


Air jus,,,boleh tahan mahalnya

Selesai mengisi perut dan solat, kami meneruskan mission utama iaitu shopping. Memandang waktu pada masa ini ialah pukul 3.30 petang waktu Thai, gerai-gerai pasar malam masih belum di buka lagi so kami hanya tinjau-tinjau di dalam shop lot sahaja. Banyak juga deretan kedai di sini. kalau kat Malaysia jalan TAR lah. Pelbagai barangan dan jualan ada di sini terutama pakaian, beg, kasut, aksesori-aksesori dan lain-lain barangan yang seangkatan dengannya.


Gerai untuk pasar malam sedang siap sedia untuk di buka. 

Pasar malam di Pratunam Market ini terletak dekat dengan bangunan tinggi iaitu BAIYOKE SKY HOTEL. Gerai-gerai telah dibuka sepenuhnya.

Suasana  dan gelagak orang ramai di pasar malam Pratunam Market

Aku betul-betul berada di tengah-tengah jualan gerai di pasar malam yang berlatarbelakangkan bangunan BAIYOKE SKY

Setelah puas meninjau dan membeli apa-apa yang patut, kami bersepakat untuk balik ke hotel dengan menaiki teksi. Apa yang aku nampak kat sini ialah transport utama mereka adalah tut-tut iaitu sejenis motor yang beroda tiga. Hanya boleh muat 3 orang pelanggan sahaja iaitu seorang di depan dan 2 orang di belakang. Aku amat teringin dan merasa naik tut-tut ini tetapi memandangkan kami adalah seramai 4 orang so aku abai jer lah keinginan tu.

Jom kawan-kawan tahan teksi! Sukar juga untuk kami dapatkan teksi, Bukan tiada teksi di sini tetapi kebanyakkan mereka tidak mahu hantar kami dan agak demand sedikit. Lagi pun masalah diorang ialah tidak tahu lokasi sebenar hotel yang kami menginap. Tetapi dalam banyak-banyak teksi ada lah juga yang sanggup hantar kami walaupun tidak tahu dengan tepat lokasi hotel tesebut. Cuma kam bagitahu bahawa hotel kami dekat dengan station MRT Sam yan. Boleh lah diorang agak-agak.

Yang kelakarnya apabila sampai di tempat yang dekat dengan hotel, driver teksi tidak dapat mencari hotel take a nap dan aku sebagai pelancong asing ni tolong guide kat dia dengan cara guna map... Alhamdulillah kami sampai betul-betul di depan hotel. Nampak sangat hotel budget huhu...

Lorong untuk ke pasar malam Silom. Nampak hepy jer korang ni yer! korang tahu tak lorong ni lorong apa? haha

Oleh kerana malam masih muda, usai  mandi dan solat , kami mulakan langkah menuju ke pasar malam, Bukan pasar malam yang semalam kami pergi tu TAPI pasar malam yang lain nama nya Silom night market. Aku tahu ni sebab ada dalam map tertulis pasar malam ni,

Jom kawan-kawan kita gi pasar malam silom pulak. Diorang ni memang sporting gilerr. Ikut jer apa yang aku cakap. Untuk ke pasar malam Silom, kami telah melalui satu lorong seperti yang ditunjukkan dalam map. Pada mula nya tiada lah takut sangat apabila memasuki lorong ni. Lama-kelamaan suasana nampak makin pelik. Terdapat ramai perempuan cantik yang seksi tengah duduk beramai-ramai di atas kerusi. Pada mula aku tidak terpikir langsung apa yang diaorang tengah buat. Semakin ke dalam kami jalan semakin ramai pula gadis-gadis cantik seksi yang kami nampak. 

Zappp..terdetik didalam hati aku. Pelacur! dorang tengah tunggu pelanggan. Weiii geng, kita dah tersalah masuk lorong lah. Nak patah balik dah jauh ke dalam. Nak tak nak kami teruskan perjalanan hingga sampai ke hujung sana. Nasib baik diorang tak buat jahat dan kacau kami tapi jika di kalangan kami ni ada lelaki mungkin diorang akan cuba tarik lelaki tu...huhu...dari gembira dah jadi takut...

Kami nekad untuk terus mencari pasar malam Silom dan ikut sahaja map yang di tunjukkan. Lagi sekali kami kantoiii. Kami tak tahu lorong apa yang kami masuk cuma sesampai sahaja kat satu tempat tu dorang bagi kad kat salah sorang member kami. Offer untuk join pakej mengarut. Terus kami cepat-cepat keluar dari situ dan lari mencari tempat yang agak selamat sedikit. huhu seram sejuk kami di buat nya...Silom night market memang tiada kat situ yang ada silom seram sejuk. haha...Ini adalah satu pengalaman yang tidak boleh di lupakan sampai bila-bila,

Abai jer lah pasar malam ni...Jom lah kita gi pat pong night makert lagi sekali.

Pada waktu malam lorong ni hidup dengan aktiviti-aktiviti  yang salah di sisi undang-undang.

Next entry Day 3

No comments: